
Qurban 1447H
BERSAMA QORBAN@WAKAF MAINPP
Sertai program qorban dan aqiqah melalui Wakaf MAINPP dengan proses yang mudah, telus dan teratur. Ibadah anda bukan sahaja sempurna dilaksanakan, malah manfaatnya disalurkan kepada golongan yang memerlukan.
Nak Qurban? Ibadah Anda, Amanah Kami!
Jom Qurban dengan Wakaf Mainpp!
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ
“Maka, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur),”
Kenapa Pilih Qorban Bersama Wakaf MAINPP?
Diuruskan oleh Wakaf MAINPP
Program dikendalikan oleh institusi wakaf yang dipercayai.
Penyembelihan Mengikut Syariah
Dilaksanakan oleh penyembelih yang bertauliah dan berpengalaman.
Manfaat Kepada Asnaf & Masyarakat
Daging qurban akan diagihkan kepada yang betul-betul memerlukan. Menjadi amal kebajikan meraikan para asnaf dan fakir miskin.
Bukti Penyertaan
Mudah dan berpatutan. Semuanya di hujung jari sahaja, bermula dengan pendaftaran, pemilihan haiwan sembelihan sehinggalah selesainya ibadah qurban.
Pilihan Terima Hak Korban
Peserta boleh memilih untuk menerima sebahagian hak korban melalui penghantaran.
Yakin dan Dipercayai
Ribuan peserta telah menjalankan qurban bersama kami dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Hanya Lakukan 3 Langkah Mudah
1. Akad
Isi maklumat peserta pada borang dan seterusnya buat bayaran melalui sistem bayaran online.
2. Pelaksanaan
Semua penyembelihan akan dibuat pada 10,11, 12 dan 13 Zulhijjah
3. Sijil Dan Laporan
Setiap peserta akan menerima sijil. Gambar / video boleh dilihat melalui portal atau facebook page kami.
Wakaf MAINPP mempelawa orang ramai untuk menyertai ibadah qorban melalui pakej yang mudah, jelas dan teratur.
Qurban 2026 akan dilaksanakan di beberapa masjid/surat terpilih. Selesai sembelihan dan melapah, daging qurban akan terus diagihkan kepada golongan sasar yang memerlukan. Ibadah qurban ini tentunya akan lebih bermakna jika dapat dilaksanakan bersama-sama ahli keluarga atau para kariah masjid/surau.
Soalan Lazim
Hukum menunaikan ibadah Qurban adalah sunnah muakkad.
Ada dua jenis ibadah Qurban iaitu Qurban sunat dan Qurban nazar.
Qurban sunat adalah menyembelih binatang ternakan yang tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T. pada Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji.
Qurban nazar adalah Qurban yang wajib dilaksanakan oleh seseorang yang bernazar untuk menyembelih Qurban.
Menyembelih haiwan Qurban pada Hari Raya Qurban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam terutama sekali kepada yang mampu.
Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa hadis kepada mereka yang mampu tetapi tidak menunaikan ibadah Qurban, antaranya adalah;
“Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berqurban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”
Al-Imam al-Qurtubi Rahimahullah dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran berkata: “Dimulakan dengan solat (Solat Hari Raya Adha) sebelum melakukan ibadat korban”.
Pengarang al-Fiqh al-Manhaji berkata: “Waktunya bermula selepas terbit matahari pada Hari Raya Haji (Hari Raya Korban) iaitu sekadar sempat ditunaikan dua rakaat sembahyang dan dua khutbah. Kemudian berterusan waktunya hingga terbenam matahari pada akhir hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijah. Waktu afdhal untuk menyembelih ialah selepas selesai solat sunat hari raya”.
Bermulanya waktu sembelihan itu selepas timbulnya matahari pada hari sembelihan iaitu hari ke-10 Zulhijjah. Kadar timbulnya matahari itu boleh di kira selepas selesainya solat dua rakaat (solat sunat hari raya) dan juga dua khutbah yang ringan (tidak terlampau panjang berjela)
Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.
Apakah perbezaan Aqiqah dan Qurban
Antara perbezaan yang wujud di antara aqiqah dan qurban ialah;
Aqiqah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah qurban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji.
Daging sembelihan aqiqah sunat diagihkan setelah dimasak, adapun daging sembelihan korban pula sunat diagihkan dalam keadaan mentah.
Tidak digalak mematahkan tulang haiwan sembelihan aqiqah, sebaliknya haiwan sembelihan korban tidak dilarang. Sunat menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan aqiqah kepada bidan yang menyambut kelahiran, berbeza dengan korban tidak disunatkan demikian.
Cara yang afdhal untuk Qurban sunat adalah bagi seseorang yang melakukan Qurban tersebut menyedekahkan keseluruhan daging Qurban dan memakan sedikit sahaja daripadanya hanya untuk mengambil keberkatan.
Menyedekahkan keseluruhan daging Qurban merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan diri.
Manakala, memakan sedikit daripada daging tersebut adalah untuk beramal dengan sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW.
Yang muktamad dalam mazhab Syafie ialah tidak boleh melainkan jika diwasiatkan. Ini kerana korban ialah ibadah dan satu daripada prinsip ibadah ialah tidak dilakukan untuk orang lain melainkan jika adanya dalil. Pendapat yang tidak muktamad dalam mazhab Syafie mengatakan bahawa korban ini termasuk dalam kategori bersedekah bagi orang yang telah meninggal dunia. Maka dibolehkan walaupun tanpa wasiat dan ini dikatakan memberi manfaat kepada si mati. Sila rujuk kitab al-Mu`tamad oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (2/490).
Daripada Aisyah, bahawa seorang lelaki berjumpa Nabi SAW dan bertanya:
يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّ أُمِّيَ افْتُلِتَتْ نَفْسَهَا وَلَمْ تُوصِ، وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ، أَفَلَهَا أَجْرٌ، إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ
Maksudnya: Wahai Rasulullah sesungguhnya ibuku mati secara mendadak tanpa sempat berwasiat, aku kira kalau beliau sempat berbicara (untuk wasiat) nescaya dia akan bersedekah, adakah baginya pahala kalau aku yang bersedekah bagi pihaknya? Kata Nabi SAW: Benar.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Rujukan: https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1662-hukum-melaksanakan-korban-bagi-arwah-orang-yang-sudah-meninggal-dunia
PERTANYAAN

Wakaf MAINPP
No. 2 & 4 Kampung Kaka, 10200 Georgetown, Pulau Pinang.
011-6600-9917